skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
siti zulaikha
assalamualaikum ,, nama diberi siti zulaikha bt yusof . dilahirkan pada tanggal 7 OGOS 1994 . merupakan anak kelahiran yg telah mengambil SPM pada tahun 2011 . kini telah menjangkau umur 18 tahun . . salam perkenalan dari saya ,..hidup kita cuma sementara ,manfaatkan ia dengan sebaiknya :) uhibbukunna abadan.. ~SAFAZUNOTMEFINATIQ~
View my complete profile

bersahabat is fun !! :)

bersahabat is fun !! :)
saya sayang dia ! :D

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Archivo del blog

  • ▼ 2013 (3)
    • ► September (1)
    • ▼ March (1)
      • dunia ini terlalu kecil utk ditangisi :'(
    • ► January (1)
  • ► 2012 (16)
    • ► December (2)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► April (4)
    • ► March (3)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (13)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► June (4)
    • ► May (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2009 (8)
    • ► December (7)
    • ► January (1)

Followers

let's see~

  • REHLAH MA`A SYABAB ISLAM
    [MAKLUMAN PENTING] PENULIS TELAH MEMBUKA LAMAN BARU. MOHON SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN ZIARAH LAMAN BARU PENULIS. http://safarilmu.blogspot.com/
    13 years ago
  • suaRahaTie
    ~aku hanYa maMpu tErsEnyuM unTukmU~
    14 years ago
  • the one and only afifah shukor
    must visit lists
    14 years ago
  • musafir cinta kudus™
  • MaWaR BerDuRi...
  • .
Powered by Blogger.


masa itu emas sygss :)


Get a Glitter Calendar Click Here
LAYANZZ ~ !!

Unic - Hanya Tuhan Yang Tahu

jangan lupa komen ya !! :)

kehidUpan seOraNg haMba::::??!!:::

ya Allah, Berikan kami bahagia,.... Berikan cerita gembira,... Tenang jiwa dalam pelukan kasihMu,.. ....Dijalan penuh berliku. Mohon kepadaMu ya Allah, Luruskan langkah kami, Agar teguh menapak, Kukuh berlari, Meredah onak berduri, Tanpa peduli, Perjalanan ini...Berikan kami cahayaMu, ....Mohon kami pimpinanMu.

~ Kekuatan perlu dicari ~

"Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Tuesday, March 26, 2013

dunia ini terlalu kecil utk ditangisi :'(

assalamualaikum semanis bicara seindah bahasaa :)

mohon utk meng re-post sinopsis kehidupan barangkali . moga mendapat manfaatnya :)


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.
Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.
Allahu 3alam :) may Allah ease us in everything what we do ..



Posted by siti zulaikha at 12:27 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod