skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
siti zulaikha
assalamualaikum ,, nama diberi siti zulaikha bt yusof . dilahirkan pada tanggal 7 OGOS 1994 . merupakan anak kelahiran yg telah mengambil SPM pada tahun 2011 . kini telah menjangkau umur 18 tahun . . salam perkenalan dari saya ,..hidup kita cuma sementara ,manfaatkan ia dengan sebaiknya :) uhibbukunna abadan.. ~SAFAZUNOTMEFINATIQ~
View my complete profile

bersahabat is fun !! :)

bersahabat is fun !! :)
saya sayang dia ! :D

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Archivo del blog

  • ► 2013 (3)
    • ► September (1)
    • ► March (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (16)
    • ► December (2)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► April (4)
    • ► March (3)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ▼ 2011 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ▼ March (1)
      • ulama' : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2010 (13)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► June (4)
    • ► May (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2009 (8)
    • ► December (7)
    • ► January (1)

Followers

let's see~

  • REHLAH MA`A SYABAB ISLAM
    [MAKLUMAN PENTING] PENULIS TELAH MEMBUKA LAMAN BARU. MOHON SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN ZIARAH LAMAN BARU PENULIS. http://safarilmu.blogspot.com/
    13 years ago
  • suaRahaTie
    ~aku hanYa maMpu tErsEnyuM unTukmU~
    14 years ago
  • the one and only afifah shukor
    must visit lists
    14 years ago
  • musafir cinta kudus™
  • MaWaR BerDuRi...
  • .
Powered by Blogger.


masa itu emas sygss :)


Get a Glitter Calendar Click Here
LAYANZZ ~ !!

Unic - Hanya Tuhan Yang Tahu

jangan lupa komen ya !! :)

kehidUpan seOraNg haMba::::??!!:::

ya Allah, Berikan kami bahagia,.... Berikan cerita gembira,... Tenang jiwa dalam pelukan kasihMu,.. ....Dijalan penuh berliku. Mohon kepadaMu ya Allah, Luruskan langkah kami, Agar teguh menapak, Kukuh berlari, Meredah onak berduri, Tanpa peduli, Perjalanan ini...Berikan kami cahayaMu, ....Mohon kami pimpinanMu.

~ Kekuatan perlu dicari ~

"Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Wednesday, March 30, 2011

ulama' : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~

bismillahirahmanirrahim...

Pada usianya yang melewati tujuh puluhan, tokoh pergerakan Islam PAS Malaysia ini tetap muda dalam semangat dan idealismenya. Walaupun sudah memetik beberapa kemenangan dakwah, dirinya tetap konsisten. Seorang menteri besar ini memotong 40 peratus gajinya untuk umat.

Namanya Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang biasa memanggil beliau dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lahir di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931.Sejak kecil, Nik Abdul Aziz sudah gemar belajar ilmu-ilmu Islam. Saat itu, guru beliau adalah seorang ulama terkenal di daerahnya. Dan sang guru tak lain adalah ayah beliau sendiri yang biasa dipanggil masyarakat dengan Tuan Guru Haji Nik Mat.

Setelah dirasa cukup mendapat pendidikan dasar-dasar Islam, Nik Abdul Aziz disekolahkan ke pesantren di Jertih, Trengganu. Namanya pondok pesantren Tuan Guru Haji Abbas.Pada tahun 1952, Nik Abdul Aziz meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pendidikannya ke Universiti Deobond, India. Di sana, ia berguru kepada ahli tarekat terkemuka, Maulana Husain Ahmad al-Madani.

Lima tahun kemudian, Nik Abdul Aziz melanjutkan pelajaran ke Lahore, Pakistan untuk mendalami tafsir Al-Qur'an. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir untuk mengambil pengkhususan bahasa Arab dan dilanjutkan dengan mendalami perundangan (hukum) Islam.

Setelah hampir sepuluh tahun belajar di luar negara, Nik Abdul Aziz memutuskan kembali ke tanah kelahirannya. Dia ingin mengamalkan pengetahuan yang dimilikinya dengan berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor dan di Sekolah Agama Darul Annuar yang didirikan oleh ayahnya.

Selain mengajar, ayah sepuluh orang anak ini juga aktif memberikan ceramah-ceramah Islami. Mulai dari khutbah di masjid, hingga majilis taklim yang tersebar di masyarakat. Tugasnya sebagai ulama, benar-benar disambut baik oleh masyarakat.
Yang menarik masyarakat dari sosok Nik Abdul Aziz adalah rutin hariannya yang sarat dengan keteladanan. Mulai dari keluarganya yang terjaga dalam akhlak Islam, kedekatannya dengan kaum fakir miskin, serta rumahnya yang sederhana dan akrab dengan lingkungan sekitar. Malah selalunya mencukur rambut bayi pun masyarakat suka meminta khidmat Nik Abdul Aziz.

Pentas Politik Di tahun 1967, di usianya yang ke tiga puluh enam, Nik Abdul Aziz bergabung dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dia memilih PAS bukan sekadar asasnya yang Islam, tapi juga visi perjuangannya yang benar-benar ingin menegakkan daulah Islam di Malaysia.

"Saya memilih PAS karena parti ini merupakan sebuah pergerakan yang landasannya jelas-jelas memperjuangkan akidah Islam. PAS di mata saya tidak memisahkan antara politik dan agama. Namun, bagaimana caranya bisa berjalan seiringan satu sama lain," ujarnya.PAS lanjutnya, adalah harakah Islamiyah (pergerakan Islam) yang dicarinya. "Sebab, PAS memiliki cita-cita untuk menegakkan daulah Islamiyah seperti yang diidam-idamkan oleh setiap mukmin."

Sejak terjun di dunia politik bersama PAS, tekanan dan dukungan silih berganti dirasakan Nik Abdul Aziz. Di tahun pertama bergabung dengan PAS, Nik Abdul Aziz berhasil memenangkan pemilihan umum untuk daerah Kelantan. Sejak itu, daerah Kelantan menjadi basis kekuatan PAS. Walau dengan cara apa pun, Barisan Nasional (BN) yang merupakan partai pemerintah saat itu tidak pernah mengalahkan Nik Abdul Aziz dan PAS di daerah pemilihan itu.

Karena ketokohan dan sosok karismatiknya sebagai ulama, Nik Abdul Aziz diamanahkan pimpinan PAS untuk menjabat Ketua Dewan Ulama PAS. Di posisi itu, Nik Abdul Aziz menyerukan seluruh pimpinan dan kader PAS untuk kembali menghidupkan sunnah Rasul dalam semua sisi kehidupan. Perjuangan PAS menurutnya, harus dalam rangka menegakkan Islam, bukan untuk memuaskan ambisi atau syahwat kekuasaan semata.

Walau sudah menjadi pimpinan dengan berbagai kesibukan yang luar biasa, Nik Abdul Aziz tidak pernah melalaikan dakwah. Kesibukan mengisi ceramah dan taklim tidak mengendur dengan alasan apa pun. Baginya, politik adalah sebahagian dari dakwah. Bukan sebaliknya.

Menteri Besar Pada Pilihanraya 1990, PAS mendapat undi luar biasa di Negeri Kelantan. Nik Abdul Aziz diberi amanah sebagai Menteri Besar yang setaraf gabenor wilayah di Indonesia. Hingga pilihanraya 2004 lalu, PAS tetap unggul memperolehi undi majoriti di Kelantan. Dan selama 14 tahun itu pula, Nik Abdul Aziz memikul amanah berat itu. Di posisi yang strategik itu, Nik Abdul Aziz kian kuat menyampaikan dakwah dalam bentuk lain. Ia tidak menggalakkan seluruh pejabat di jajarannya untuk menerima hadiah apa pun. Menurutnya, semua itu rasuah. Ia pun memberikan teladan. Nik Abdul Aziz terus memotong 40 peratus gajinya untuk menambah khidmat kepada masyarakat.

Berubahkah Nik Abdul Aziz? Sama sekali tidak. Ia tetap Nik Abdul Aziz yang dulu. Rumahnya tetap sederhana. Kereta yang dikenderai juga kereta seperti orang kebanyakan di negeri Kelantan. Setiap hari Jumaat, ia mengkhususkan waktunya untuk mengisi pengajian umum di sebuah majlis taklim yang berada di pusat kota. Siapa pun boleh datang. Sedemikian besarnya sambutan masyarakat, hari Jumaat menjadi hari pengajian untuk mereka. Mereka datang dari berbagai pelusuk di negeri Kelantan. Bahkan, tidak sedikit yang sengaja membawa tanda agar khusyuk mendengarkan kajian dari tok guru Nik
Abdul Aziz.


wallahu'alam...:)
moga mendapat barakah dariNya..
Posted by siti zulaikha at 9:42 PM 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod