Saturday, February 26, 2011
kem lgik ??
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~
sehat kah anda semua ?? moga sentiasa sehat dlm nikmat iman n islam.i-Allah.
ape yg nk dicetakan eh??cer citer,cer citer.huhu3.haa!kesah ak n kengkawan kene g kem prs.kem nie under kaunseling.memg best larr.yer ar,candid gmbaq smpai nk full memory tuh ~ahhhaa.
program yg dimjalankan pown memg mantop la ! hang out ngn group g kangaq n smbil tuh siapkan tugasan yg belum penah ak rasai dari smua kem yg ak penah p..haha~ayat b.m hancuss law mcm niee.tah pape jew ak tulih ..hhu3.xpela,asalkan korang paham eh..memg enjoy la g kem nieyh.sbb xdew spe nk kaco ... massa dlm tugasan tuh,lepas kitorang dengaq ceramah di Putra Palace pda hari ke-2 kem(12/2/2011),hari sbtu,jam 12 t/hari b'mula lah tugasan kitorang.tempoh yg diberikan dari pukul 12-4 ptg.makannan tengahari X disediakan.kenderaan utk balik adalah sendiri.urgghh !agak terkejut la jugak.tpi in our mind ! must back 2 our place b4 4 p.m..ya Allah ! setelah mendapat tugasan ini reaksi setiap kumpulan pelbagai ~bek laki maupon pompuan..lalala..tugasan kitorang ialah kene cari 7 kerjaya yg berlainan yg terdapat di pekan Kangaq niee.yooo ! menjelajah kangaq.jalan punya jalan,cari punya cari jumpa la 7 kerjaya tuh.jam menunjukkan pukul 3.30 ptg..ouh no ! bas sudah tedak ada.bas last kul 2.30.then kitorang pown lepak2 la situ.pas2 ada la sorang kawan kitorang nie gtaw cikgu suoh balik g sane sebelum kul 4 jugak..jadi !apa yg terpikir diminda "teksi"...sblum nk pegi tuh,shabat ak sorang nieyh dihalang oleh seorang hamba Allah.dia ajak balik sekali semua nek bas kul 4.00 ptg.urgghh!tp dya Xmaw.hehe jual mahal kot ~lawak jaaa.pas2 kitorang terus turun bawah cari teksi tanpa pengetahuan semua ~haha !sukses !!smpai la dkat tempat kem kul 4.00 tepat...tunggu punya tunggu yang laen,pukul 5.00 baru smpaiii..hak3..lawak tengok muka dorang,muka keletihan semuanyaaaaa..tapi dan lagi kata kat group kitorang.first tuh m,arah ar jugak en,tp lepas tuh besa ar..yela !setiap orang tuh xsama pemikiran dyaa.digelar "geng teksi"uhhh.the great name ~ahhaaa..watevaa.
sbgai konklusinya disini pengalaman itu m'ajar tentang kehidupan.
da reality pengalaman dgn pelbagai ragam masyarakat luar..
thanks 2 cikgu2 yg terlibat .
p/s :cabaran hidup lebih mencabar ~
Monday, February 21, 2011
mengejar cintaMU???~
salam'alaik..moga mendapat manfaat buat semua...
Usah Risau Dengan Jodohmu..
Sahabat,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.
Sahabat,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
Sahabat,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Sahabat,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia....
p/s:attoyibat litoyyibin.
wallahu'alam...
Saturday, February 5, 2011
pemimpin??bukan mudah ~
mmmm...gi mana??sehat semuanya??huhuhu...moga sentiasa dibawah lembayung redhaNya..ameen.bebalik kpd tajuk post kali ini.pemimpin???mungkin sume dah paham kan??apa 2 pemimpin???tapi nk menjalankannya bukan ! kerja yang mudah.!jom kita baca 1 kesah nie.~
i-Allah moga mendapat manfaatnya ~ hanya untuk islam ..
Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.
Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja.
Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu.
Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu.
Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda.
Tetapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tetapi Allah tukar peranan masing-masing.
Seolah-olah Allah berkata, "Hai Musa! Engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut." Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut.
Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, "Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja." Berjaya tak?
Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, "Kalau nak aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita."
Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu.
Nabi Musa tidak tahan, baginda tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan baginda sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, "Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita."
Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.
Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir membunuh seorang budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, baginda bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi baginda diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.
Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah.
Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.
Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat 'ulul azmi' adalah mereka yang paling sabar.
Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan.
Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sedikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sedikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.
Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat. Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu baginda layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati baginda tidak layak.
Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar dikelilingnya, pun tidak dapat gelaran 'Ulul Azmi'. Mengapa? Baginda sujud itu bukan memimpin. Baginda dengan tuhan saja. Dengan tuhan baginda rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah.
Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah baginda mendapat darjat 'Ulul Azmi'.
Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian.
sebagai konklusinya disini janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.
p/s: man qala lailahaillaallah fahuwa da'ei."
wallahu'alam.
pagi yang indah ~
Thursday, February 3, 2011
Terbaru Mungkin !
tertunggu-tunggu utk post yg seterusnya.??he3.disini xdew apa yg nk diceritakan.cuma nk minx anda sume dengaq video yg kat abwah nie. ak begitu tertarik dgn lagu first kump unic ini iaitu "doa dhuha"....memg best la rasanyer...bg korang ak Xtawu.cuba la dengar.nie merupakan album terbaru kump UNIC dgn tajuk album HIJRAH...selamat mendengar ~
p/s : "ya Allah,moga ku terus istiqamah dlm melakukan amal ibadah.ameen ya Rabbi~"