skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
siti zulaikha
assalamualaikum ,, nama diberi siti zulaikha bt yusof . dilahirkan pada tanggal 7 OGOS 1994 . merupakan anak kelahiran yg telah mengambil SPM pada tahun 2011 . kini telah menjangkau umur 18 tahun . . salam perkenalan dari saya ,..hidup kita cuma sementara ,manfaatkan ia dengan sebaiknya :) uhibbukunna abadan.. ~SAFAZUNOTMEFINATIQ~
View my complete profile

bersahabat is fun !! :)

bersahabat is fun !! :)
saya sayang dia ! :D

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Archivo del blog

  • ► 2013 (3)
    • ► September (1)
    • ► March (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (16)
    • ► December (2)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► April (4)
    • ► March (3)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ▼ 2011 (11)
    • ▼ June (1)
      • Air Mata ??
    • ► May (1)
      • No TitLe~
    • ► April (2)
      • penyeri keluarga kami ~
      • ~jika cinta itu datang,bawalah ia ke syurga~
    • ► March (1)
      • ulama' : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~
    • ► February (4)
      • kem lgik ??
      • mengejar cintaMU???~
      • pemimpin??bukan mudah ~
      • Terbaru Mungkin !
    • ► January (2)
      • seminar kepimpinan BPS 2011~
      • bila Hati beRbicara~ ~
  • ► 2010 (13)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► June (4)
    • ► May (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2009 (8)
    • ► December (7)
    • ► January (1)

Followers

let's see~

  • REHLAH MA`A SYABAB ISLAM
    [MAKLUMAN PENTING] PENULIS TELAH MEMBUKA LAMAN BARU. MOHON SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN ZIARAH LAMAN BARU PENULIS. http://safarilmu.blogspot.com/
    13 years ago
  • suaRahaTie
    ~aku hanYa maMpu tErsEnyuM unTukmU~
    14 years ago
  • the one and only afifah shukor
    must visit lists
    14 years ago
  • musafir cinta kudus™
  • MaWaR BerDuRi...
  • .
Powered by Blogger.


masa itu emas sygss :)


Get a Glitter Calendar Click Here
LAYANZZ ~ !!

Unic - Hanya Tuhan Yang Tahu

jangan lupa komen ya !! :)

kehidUpan seOraNg haMba::::??!!:::

ya Allah, Berikan kami bahagia,.... Berikan cerita gembira,... Tenang jiwa dalam pelukan kasihMu,.. ....Dijalan penuh berliku. Mohon kepadaMu ya Allah, Luruskan langkah kami, Agar teguh menapak, Kukuh berlari, Meredah onak berduri, Tanpa peduli, Perjalanan ini...Berikan kami cahayaMu, ....Mohon kami pimpinanMu.

~ Kekuatan perlu dicari ~

"Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Friday, June 3, 2011

Air Mata ??


salam'alaik....

ingin ku kongsikan dengan kalian tentang 1 artikel dri iluvislam yg membuatkan ku tertarik mengambilnya ~

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

wallahu'alam~
















Posted by siti zulaikha at 9:08 PM 0 comments

Saturday, May 14, 2011

No TitLe~

salam'alaik...kaifahal sume??hari yang sungguh memboringkan ...uhhh..stady??ahhhaaa.so hard.mm.tapi kot mana pown kena jugak.sebab usahakan tangga kejayaan.
so,maw xmaw kena jugak.tp xder mood la plak nk sady.banyak tuh omwork.n yg paling banyak skali my feveret subjek laaarr.akaun...hehehhee...kene key in masuk setelah siap semuanya.alhamdulillah.im praise to Allah..anda tahu,lagi lebih kuang 3 bulan ak dah nak TRIAL SPM...waaa...takutnyeerr...moga2 dipermudahkan segalanya...stady pown xteqa mana lagi nieyh...argghhh !! common leka ! nie masa depan kau. ! ingt leka !kekuatan itu harus dicari.smpai skang masih sebuk lagi ngn aktiviti luaq sek...tapi mungkin ada hikmahnya,,,hmmm...sebut jer pasai nie teus terpikirkan munazarah yg dah xlama lagi..uwwaaa...debat?trial?uhhuu...perkara yg menyedihkan..bertembung ngn kem kurikulum spm...adakah rugi ak xp???hmmm...ya Allah bantulah hambaMu ini..moga dgn pilihan ini,mungkin ada hikmah-Nya.tapi ak sedih.xleh pegi kem tuh.yela,kawan2 sume dah xsabaq nk p..ak???xp.mm.sume layuqkan ak..ahhaaa.tp xpa.sabar2.tp skit terasa la jugak,mm.tapi wat pa ak nk terasa en,perasaan je tuh.yelaa,leka ! jgn biarkan diri kau terlalu manja.sikit2 nk terasa.hahaha.leteran pada diri sendiri.mungkin ini yg terpendam.bg yg p kem,moga manfaat-Nya digunakan sebaiknya.dulu ust k.a penah pesan kat ak,dya kata"law kita rasa kita bnyk ketinggalan,kita kena usaha lebih lagi dari depa,bangun tgh malam stady,Allah bg masa kat kita semua sma ja.xlebih xkurang,jadi yg nk memanfaatkan tu diri kita sendiri,maw kalo kita sedaq kita bnyk ketinggalan,tp dok wat xtaw lagi,maam na Allah nk bg kejayaan"haa.lebih kurang mcm nie la ust kata.tengok2 apa yg ust kata itu rupanya kena-mengena ngn diri ak.."Ya Allah,kuatkan semangat,tingkatkan keimanan ak utk meghadapi alam kehidupan yg lebih mencabar di hari mendatang..

sahabatku yg disayangi...
ku mohon tunjuk ajar kalian seandainya ak terkurang dlm pelajaran,kerana ak risau akan masa depanku.pengharapanku kepada kalian menggunung tinggi.ak insan yg amat memerlukan sokongan dan semangat daripada kalian namun bukan cacian n tomahan yg kuharapkan.ini adalah agar kita bisa bersama menggapai kejayaan yang perlukan usaha yg gigih.

said'ni ya Rabbi ..

wallahu'alam...
Posted by siti zulaikha at 3:08 AM 0 comments

Saturday, April 30, 2011

penyeri keluarga kami ~





In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

salamullahi'alaikum..

pe ceta anda semua??sebelum tgn ini petah menulis dengan lebih lanjut, ak ingin memohon seribu kemaafan bagi pengunjung yg melawat blog ini tanpa post baru . series ak cakap memg busy gler2 lah sejak dua menjak nieyh,dgn omworknya,kem nyer,tugas nya smpai xbalik umah dekat sebulan lebeyh larr.. tapi bler balik jer,asa gembira teramat sgt sbb family ak dah ada owg baru .,waa ! best3 . ku bersyukur padaMu diatas pemberian Mu.moga manfaatnya utk agama adalah positif.i-Allah. haaa. berkaitan dgn nie la ak nk ceta kan pada u all sume . hu3. ak dapat adik baru .. comey gitu..opss ! terlupa plak ak ,Allah menciptakan makhluk-Nya sebaik-baik kejadian . setelah berpenat lelah mencari nama, setujulah kami dengan nama Siti Nur Aini Zakirah bt Yusof.:)..maksudnyer : cahaya mataku yang mengingati / berzikir. moga dia menjadi spt maksud nama nie. ameen. pengharapan yg tinggi buatmu adikku.

adikku sayang,
ketika first sekali akak tgok muka dik,gembira di hati ini hanya Allah sja yg taw.terdetik dihati Alhamdulillah,semuanya selamat.dik,akak mendoakan moga bila besar nanti dikau menjadi puteri solehah,anak yang solehah,wanita solehah yang menjadi sebaik-baik perhiasan,menjadi orang yang tinggi pengetahuan agama n yang paling penting menjadi manusia yang taat akan Allah n Rasul-Nya. luahan seorang kakak buatmu adikku walopon dikau maseh kecil. i-Allah.moga menjadi hakikatnya.

coretanku ini adalah kerana sudah tidak lama menulis dlm sesawang nie yg mungkin dah bersawang dengan labah2..haha2.disini ak sertakan beberapa gambar adikku ~lihat atas ....

wallahu'alam....

Posted by siti zulaikha at 3:23 AM 0 comments

Friday, April 1, 2011

~jika cinta itu datang,bawalah ia ke syurga~

salamullahi'alaikum...

pada post kali nie inginku kongsi bersama kalian semua satu bahan bacaan yang ada manfaatnya sedikit sebanyak..i-Allah...moga mendapatnya dari Allah yang esa..


CINTA.....

Jatuh yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta.CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI.Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.Namun demikian , puncak CINTA ada orang masuk syurga kerana CINTA dan ramai orang yang dihumban ke neraka gara-gara CINTA. Nauzubillah. CINTA yang bagaimana yang mampu membawa seseorang ke surga?
CINTA yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH.Ia atas dasar ALLAH dan CINTA terjadi atas keredaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan.Dan CINTA ini lahir hasil dari CINTA kepada ALLAH jua.


CINTA KERANA ALLAH
Kalau berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh perkahwinan , mereka tak perlu untuk berjumpa,berbicara atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemauan ALLAH.

CINTA mereka tidak akan tercela oleh nafsu birahi.Sebaliknya CINTA itu adalah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah berjumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang kita cintai ditimpa susah,senangkalau yang dicintai itu senang. Sanggup susah dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

CINTA yang begini diceritakan dalam hadis, yaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan 'ARSY ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat perlindungan daripada matahari yang sejengkal sahaja daripada kepala.

Kalau berlaku sesama suami isteri , maka isteri akan meletakkan seluruh ketaatan kepada suami, hormat dan melayani suami tanpa jemu. Baik ketika suami menunjukkan kasih sayang atau ketika suami menunjukkan kemarahan. Baik ketika suami sedang kaya atau miskin, CINTA isteri kepada suami tidak akan berbelah bahagi kerana CINTAnya pada suami datang daripada ALLAH hasil ketakwaan isteri. Biardatang badai melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan CINTAnya yang utuh dan teguh. Inilah CINTA sejati.
Begitu juga suami , CINTA pada isteri tidak pandang itu isteri tua atau muda.Termaktub dalam hatinya, selagi isteri taat pada ALLAH, isteri itu akan tetap dikasihinya.
CINTA ALLAH YANG UTAMA

Sumber CINTA yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama.Apabila berlaku pertentangan antara CINTA ALLAH dengan CINTA pada makhluk maka CINTA ALLAH pasti akan menang.

Sebagai contoh seorang isteri yang CINTA pada suaminya.Tiba-tiba suaminya melarang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH, dalam hal menutup aurat, padahal menutup aurat itu ALLAH wajibkan, maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk tetap melaksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun harus kehilangan suaminya.
CINTA yang datang daripada ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil ,apalagi perkara yang besar. Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH ,CINTA yang lain jadi kecil dan rendah baginya.

Sejarah menceritakan kisah CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya yang bertugas sebagai seorang menteri.

Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat daripada peristiwa itu , Nabi Yusuf telah dimasukkan ke penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.

Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabakan dia berubah daripada seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi. Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan daripada ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesihatan dan kecantikannya.

Peliknya , ketika Zulaikha mengenal ALLAH, datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.

Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan setelah mengenal dan CINTA kepada ALLAH. CINTA ALLAH adalah CINTA taraf yang tinggi. Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.

CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH. Kerana CINTA yang lahir ada penyebabnya. Jika wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana kecantikan, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya daripada ALLAH.

Pembaca kalian, ALLAH yang menciptakan kita sebagai-NYA , kita diberikan berbagai-bagai nikmat seperti kesihatan yang baik , kegembiraan dan lain-lain. Baik kita ingat krpada-NYA ataupun ataupun tidak, kita tetap diberi-NYA nikmat-nikmat tersebut. Begitulah , kebaikan yang diberikan ALLAH kepada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang bererti:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, niscaya tidak akan terhitung."

Alangkah biadabnya kita kalau kita gagal mengambil segala nikmat-Nya tapi lupa untuk bersyukur pada yang Memberi. ALLAH mampu sahaja menyusahkan dan menyenangkan kita dengan Kudrat dan Iradat-NYA.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat daripada ALLAH.CINTAnya tertumpu pada ALLAH ,penyerahan diri pada ALLAH sungguh- sungguh. Dan CINTAnya pada makhluk berlandaskan CINTAnya kepada ALLAH.


Ada orang mengatakan :
"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA CINTAMU AKAN DIROBEK -ROBEKNYA. TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA AKAN DISATU-SATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHIRAT."

Jadi seorang yang bijak dan beradab dalam meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah kepada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah konsep CINTA yang yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan.

SEKALI RASA CINTA ITU HADIR

INGATLAH IA ADALAH KURNIAAN ALLAH

HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA

CINTA YANG SUCI

BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA.

SEKALI RASA CINTA ITU HADIR

SAMBUTLAH DENGAN BENAR

JAGA PELIHARA

DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN KE SYURG
A
Posted by siti zulaikha at 7:43 PM 0 comments

Wednesday, March 30, 2011

ulama' : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~

bismillahirahmanirrahim...

Pada usianya yang melewati tujuh puluhan, tokoh pergerakan Islam PAS Malaysia ini tetap muda dalam semangat dan idealismenya. Walaupun sudah memetik beberapa kemenangan dakwah, dirinya tetap konsisten. Seorang menteri besar ini memotong 40 peratus gajinya untuk umat.

Namanya Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang biasa memanggil beliau dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lahir di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931.Sejak kecil, Nik Abdul Aziz sudah gemar belajar ilmu-ilmu Islam. Saat itu, guru beliau adalah seorang ulama terkenal di daerahnya. Dan sang guru tak lain adalah ayah beliau sendiri yang biasa dipanggil masyarakat dengan Tuan Guru Haji Nik Mat.

Setelah dirasa cukup mendapat pendidikan dasar-dasar Islam, Nik Abdul Aziz disekolahkan ke pesantren di Jertih, Trengganu. Namanya pondok pesantren Tuan Guru Haji Abbas.Pada tahun 1952, Nik Abdul Aziz meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pendidikannya ke Universiti Deobond, India. Di sana, ia berguru kepada ahli tarekat terkemuka, Maulana Husain Ahmad al-Madani.

Lima tahun kemudian, Nik Abdul Aziz melanjutkan pelajaran ke Lahore, Pakistan untuk mendalami tafsir Al-Qur'an. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir untuk mengambil pengkhususan bahasa Arab dan dilanjutkan dengan mendalami perundangan (hukum) Islam.

Setelah hampir sepuluh tahun belajar di luar negara, Nik Abdul Aziz memutuskan kembali ke tanah kelahirannya. Dia ingin mengamalkan pengetahuan yang dimilikinya dengan berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor dan di Sekolah Agama Darul Annuar yang didirikan oleh ayahnya.

Selain mengajar, ayah sepuluh orang anak ini juga aktif memberikan ceramah-ceramah Islami. Mulai dari khutbah di masjid, hingga majilis taklim yang tersebar di masyarakat. Tugasnya sebagai ulama, benar-benar disambut baik oleh masyarakat.
Yang menarik masyarakat dari sosok Nik Abdul Aziz adalah rutin hariannya yang sarat dengan keteladanan. Mulai dari keluarganya yang terjaga dalam akhlak Islam, kedekatannya dengan kaum fakir miskin, serta rumahnya yang sederhana dan akrab dengan lingkungan sekitar. Malah selalunya mencukur rambut bayi pun masyarakat suka meminta khidmat Nik Abdul Aziz.

Pentas Politik Di tahun 1967, di usianya yang ke tiga puluh enam, Nik Abdul Aziz bergabung dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dia memilih PAS bukan sekadar asasnya yang Islam, tapi juga visi perjuangannya yang benar-benar ingin menegakkan daulah Islam di Malaysia.

"Saya memilih PAS karena parti ini merupakan sebuah pergerakan yang landasannya jelas-jelas memperjuangkan akidah Islam. PAS di mata saya tidak memisahkan antara politik dan agama. Namun, bagaimana caranya bisa berjalan seiringan satu sama lain," ujarnya.PAS lanjutnya, adalah harakah Islamiyah (pergerakan Islam) yang dicarinya. "Sebab, PAS memiliki cita-cita untuk menegakkan daulah Islamiyah seperti yang diidam-idamkan oleh setiap mukmin."

Sejak terjun di dunia politik bersama PAS, tekanan dan dukungan silih berganti dirasakan Nik Abdul Aziz. Di tahun pertama bergabung dengan PAS, Nik Abdul Aziz berhasil memenangkan pemilihan umum untuk daerah Kelantan. Sejak itu, daerah Kelantan menjadi basis kekuatan PAS. Walau dengan cara apa pun, Barisan Nasional (BN) yang merupakan partai pemerintah saat itu tidak pernah mengalahkan Nik Abdul Aziz dan PAS di daerah pemilihan itu.

Karena ketokohan dan sosok karismatiknya sebagai ulama, Nik Abdul Aziz diamanahkan pimpinan PAS untuk menjabat Ketua Dewan Ulama PAS. Di posisi itu, Nik Abdul Aziz menyerukan seluruh pimpinan dan kader PAS untuk kembali menghidupkan sunnah Rasul dalam semua sisi kehidupan. Perjuangan PAS menurutnya, harus dalam rangka menegakkan Islam, bukan untuk memuaskan ambisi atau syahwat kekuasaan semata.

Walau sudah menjadi pimpinan dengan berbagai kesibukan yang luar biasa, Nik Abdul Aziz tidak pernah melalaikan dakwah. Kesibukan mengisi ceramah dan taklim tidak mengendur dengan alasan apa pun. Baginya, politik adalah sebahagian dari dakwah. Bukan sebaliknya.

Menteri Besar Pada Pilihanraya 1990, PAS mendapat undi luar biasa di Negeri Kelantan. Nik Abdul Aziz diberi amanah sebagai Menteri Besar yang setaraf gabenor wilayah di Indonesia. Hingga pilihanraya 2004 lalu, PAS tetap unggul memperolehi undi majoriti di Kelantan. Dan selama 14 tahun itu pula, Nik Abdul Aziz memikul amanah berat itu. Di posisi yang strategik itu, Nik Abdul Aziz kian kuat menyampaikan dakwah dalam bentuk lain. Ia tidak menggalakkan seluruh pejabat di jajarannya untuk menerima hadiah apa pun. Menurutnya, semua itu rasuah. Ia pun memberikan teladan. Nik Abdul Aziz terus memotong 40 peratus gajinya untuk menambah khidmat kepada masyarakat.

Berubahkah Nik Abdul Aziz? Sama sekali tidak. Ia tetap Nik Abdul Aziz yang dulu. Rumahnya tetap sederhana. Kereta yang dikenderai juga kereta seperti orang kebanyakan di negeri Kelantan. Setiap hari Jumaat, ia mengkhususkan waktunya untuk mengisi pengajian umum di sebuah majlis taklim yang berada di pusat kota. Siapa pun boleh datang. Sedemikian besarnya sambutan masyarakat, hari Jumaat menjadi hari pengajian untuk mereka. Mereka datang dari berbagai pelusuk di negeri Kelantan. Bahkan, tidak sedikit yang sengaja membawa tanda agar khusyuk mendengarkan kajian dari tok guru Nik
Abdul Aziz.


wallahu'alam...:)
moga mendapat barakah dariNya..
Posted by siti zulaikha at 9:42 PM 0 comments

Saturday, February 26, 2011

kem lgik ??

salam'alaik...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

sehat kah anda semua ?? moga sentiasa sehat dlm nikmat iman n islam.i-Allah.
ape yg nk dicetakan eh??cer citer,cer citer.huhu3.haa!kesah ak n kengkawan kene g kem prs.kem nie under kaunseling.memg best larr.yer ar,candid gmbaq smpai nk full memory tuh ~ahhhaa.
program yg dimjalankan pown memg mantop la ! hang out ngn group g kangaq n smbil tuh siapkan tugasan yg belum penah ak rasai dari smua kem yg ak penah p..haha~ayat b.m hancuss law mcm niee.tah pape jew ak tulih ..hhu3.xpela,asalkan korang paham eh..memg enjoy la g kem nieyh.sbb xdew spe nk kaco ... massa dlm tugasan tuh,lepas kitorang dengaq ceramah di Putra Palace pda hari ke-2 kem(12/2/2011),hari sbtu,jam 12 t/hari b'mula lah tugasan kitorang.tempoh yg diberikan dari pukul 12-4 ptg.makannan tengahari X disediakan.kenderaan utk balik adalah sendiri.urgghh !agak terkejut la jugak.tpi in our mind ! must back 2 our place b4 4 p.m..ya Allah ! setelah mendapat tugasan ini reaksi setiap kumpulan pelbagai ~bek laki maupon pompuan..lalala..tugasan kitorang ialah kene cari 7 kerjaya yg berlainan yg terdapat di pekan Kangaq niee.yooo ! menjelajah kangaq.jalan punya jalan,cari punya cari jumpa la 7 kerjaya tuh.jam menunjukkan pukul 3.30 ptg..ouh no ! bas sudah tedak ada.bas last kul 2.30.then kitorang pown lepak2 la situ.pas2 ada la sorang kawan kitorang nie gtaw cikgu suoh balik g sane sebelum kul 4 jugak..jadi !apa yg terpikir diminda "teksi"...sblum nk pegi tuh,shabat ak sorang nieyh dihalang oleh seorang hamba Allah.dia ajak balik sekali semua nek bas kul 4.00 ptg.urgghh!tp dya Xmaw.hehe jual mahal kot ~lawak jaaa.pas2 kitorang terus turun bawah cari teksi tanpa pengetahuan semua ~haha !sukses !!smpai la dkat tempat kem kul 4.00 tepat...tunggu punya tunggu yang laen,pukul 5.00 baru smpaiii..hak3..lawak tengok muka dorang,muka keletihan semuanyaaaaa..tapi dan lagi kata kat group kitorang.first tuh m,arah ar jugak en,tp lepas tuh besa ar..yela !setiap orang tuh xsama pemikiran dyaa.digelar "geng teksi"uhhh.the great name ~ahhaaa..watevaa.
sbgai konklusinya disini pengalaman itu m'ajar tentang kehidupan.
da reality pengalaman dgn pelbagai ragam masyarakat luar..
thanks 2 cikgu2 yg terlibat .

p/s :cabaran hidup lebih mencabar ~
Posted by siti zulaikha at 7:23 AM 0 comments

Monday, February 21, 2011

mengejar cintaMU???~

bismillahirrahmanirrahim..

salam'alaik..moga mendapat manfaat buat semua...




Usah Risau Dengan Jodohmu..

Sahabat,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Sahabat,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.


Sahabat,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Sahabat,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia....

p/s:attoyibat litoyyibin.

wallahu'alam...
Posted by siti zulaikha at 4:51 AM 0 comments

Saturday, February 5, 2011

pemimpin??bukan mudah ~

salamullahi'alaikum...

mmmm...gi mana??sehat semuanya??huhuhu...moga sentiasa dibawah lembayung redhaNya..ameen.bebalik kpd tajuk post kali ini.pemimpin???mungkin sume dah paham kan??apa 2 pemimpin???tapi nk menjalankannya bukan ! kerja yang mudah.!jom kita baca 1 kesah nie.~
i-Allah moga mendapat manfaatnya ~ hanya untuk islam ..

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja.

Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu.

Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu.

Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda.

Tetapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tetapi Allah tukar peranan masing-masing.

Seolah-olah Allah berkata, "Hai Musa! Engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut." Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut.

Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, "Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja." Berjaya tak?

Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, "Kalau nak aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita."

Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu.

Nabi Musa tidak tahan, baginda tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan baginda sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, "Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita."

Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.

Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir membunuh seorang budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, baginda bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi baginda diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.

Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah.

Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.

Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat 'ulul azmi' adalah mereka yang paling sabar.

Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan.

Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sedikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sedikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.

Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat. Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu baginda layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati baginda tidak layak.

Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar dikelilingnya, pun tidak dapat gelaran 'Ulul Azmi'. Mengapa? Baginda sujud itu bukan memimpin. Baginda dengan tuhan saja. Dengan tuhan baginda rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah.

Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah baginda mendapat darjat 'Ulul Azmi'.

Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian.

sebagai konklusinya disini janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.

p/s: man qala lailahaillaallah fahuwa da'ei."

wallahu'alam.

pagi yang indah ~

Posted by siti zulaikha at 7:27 PM 0 comments

Thursday, February 3, 2011

Terbaru Mungkin !

salamullahi'alaikum.....

tertunggu-tunggu utk post yg seterusnya.??he3.disini xdew apa yg nk diceritakan.cuma nk minx anda sume dengaq video yg kat abwah nie. ak begitu tertarik dgn lagu first kump unic ini iaitu "doa dhuha"....memg best la rasanyer...bg korang ak Xtawu.cuba la dengar.nie merupakan album terbaru kump UNIC dgn tajuk album HIJRAH...selamat mendengar ~



p/s : "ya Allah,moga ku terus istiqamah dlm melakukan amal ibadah.ameen ya Rabbi~"
Posted by siti zulaikha at 10:10 PM 0 comments

Monday, January 31, 2011

seminar kepimpinan BPS 2011~

salamullahi'alaikum...

sehat sume??maaf atas kelewatan mengepost post baru.baru blek jew dri intensif.mm.menanti post baru???spt headline kat atas tuh,ak nk kongsi cket la ngn korang sume cetanya.
seminar kepimpinan pengawas yg diadakan kt Hotel Putra Brasmana,Kuala perlis pada 22-23 jan yg lalu dgn gabungan Asrama n MKT...hmm..best2.kenangan uh.besa la jarang skali sek nk wat program kat hOtel nie..masa kat sna kitorang dibahagikan 4 org 1 bilik.bilik ak ngn spa lagi,kalo bukan shabat sejati.ak,adah,faekh,nOt..uhhu..sebelah blik ust ja,bising,ketawa sume ust dengaq.bukan tu sja,bunyi ayaq pown ust leh dengaq arh..haha3..(utk yg memahami sja.).pada malam tuh Xdakpape aktiviti sangat,cuma perasmian n 1 slot ja"menggalas amanah Allah".walopon 1,terisi jugak la minda dgn ilmu baru sbgai seorang pemimpin n merangkap seorang da'ie.kan??lepas tuh,akticiti sendiri..hah !makan angin dlm hotel tuu..sedap oo..kenyang !hehehe2..pas2 tunggu apa lgi,posing sakan ar dlm hotel.huhuhu.lepas dah abes pozing,penat..tengok tv a.k.a solat tasbih.he3..smpai lewat tgh malam.1@ 2 pg..
esok nya diteruskan dgn slot sterusnya oleh ust Ammar baderuddin merupakan ex-Almaad jugak..terkagum dgn kepetahannya memberikan slotnya..kawan2 ingt yea,apa yg dipesannya..hehehe2..hmmm...selepas itu dibahagikan plak mengikut bahagian masing2 utk sesi bengkel...BPs taun neiyh dengan tema "Memugar Izzah" akan terlaksana i-Allah dengan izinNya.mohon doa dari semua.moga dipermudahkan segalanya...jadikan ianya yg terbaek..
warga sek memberi seluruh pengharapan kpd kita.ayuh ! jgn disiakan.setitis pengorbanan sejuta kebahagiaan.ust ada pesan n ak tertarik dngn kata2 nie"Organisasi yg terbaik ialah organisasi yang berjaya melahirkan pelapis yg terbaik".insyaAllah~akan ku cuba sedaya mungkin.Kama Qala Allah : Intansurullaha Yansurukum. jadi,usah dipikirkan masalah susah utk menjalankan t/jawab tuh.:)sebelum pulang,sempat jugak la kitorang pusing2 amek gmbaq...huhu2..
spt besa:doakanku ya agar dipermudahkan segalanya.

p/s : ya Allah usah bebankan ku dengan apa yg Xterdaya ku memikulnya.

bila lagi?kalo bukan sekarang!!
sapa lagi?kalo bukan kita!!
dimana lagi?kalo bukan sekarang!!
wallahu'alam.

le tour de Langkawi~

uhibbuki fillah kaman ya qurratulain

ketika suasana malam ~

dalam dewan...

lepas sarapan~

4 sahbat yg ceria~

me with purple cake...

k.a.m.i~

BPS putera 2011

BPS puteri 2011

di waktu petang yg sepi..6.40 p.m...
wassalam..
Posted by siti zulaikha at 1:45 AM 0 comments

Saturday, January 15, 2011

bila Hati beRbicara~ ~

Salam'alaik...sama2 menghayati apa yg nak disampaikan in yer~


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

p/s:hatiku milikMu...~


~gambar hiasan...~


~tubna ilaAllah...


Posted by siti zulaikha at 7:14 AM 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod